10 Petua Untuk Badan Tegap Tanpa Lemak
Tip No. 1: Elakkan Makanan Karbo Pada Waktu Malam.
Senaman berat memerlukan glikogen dari karbohidrat sebagai sumber tenaga. Mengambil makanan karbohidrat tinggi pada waktu malam, iaitu selepas 8 malam, akan meninggikan risiko badan menyimpan lemak berlebihan. Ini berlaku kerana hanya sedikit gula dibakar oleh badan kita pada waktu malam. Kadar metabolik adalah rendah pada waktu malam dan semasa kita sedang tidur. Kadar metabolik adalah kemampuan badan kita membakar makanan untuk mendapatkan tenaga bagi kerja-kerja biologi dalam badan kita.
Tip No. 2: Lakukan Kardio Pada Waktu Yang Betul.
Waktu kardio dan latihan berat memberi kesan pada lemak dan saiz otot secara keseluruhan. Kardio adalah bagus untuk mengurangkan lemak, tetapi jika dibuat berlebihan, boleh mengurangkan saiz otot, tenaga dan metabolisma. Lakukan senaman aerobik/kardio tiga kali seminggu waktu pagi sebelum sarapan. Sewaktu tidur, badan telah berpuasa utuk beberapa jam dan kandungan karbohidrat sebagai sumber tenaga adalah rendah. Bila karbohidrat adalah rendah, badan kita akan mula membakar lemak sebagai sumber tenaga. Lakukan senaman aerobik/kardio selama 30 minit tetapi pada intensiti yang tinggi. Cara ini akan membolehkan badan menggunakan tenaga dengan cepat.
Tip No. 3: Makan Lebih Serat
Fiber atau serat memainkan peranan penting dalam pembakaran lemak sama ada kamu menjaga pemakanan atau tidak. Serat melumpuhkan laluan karbohidrat kedalam aliran darah. Ini akan melambatkan proses penukaran karbohidrat ke gula. Tindakan ini mengurangkan pengeluaran insulin. Pengeluaran Insulin yang kurang menggalakkan pembakaran lemak manakala pengeluaran yang tinggi menjadikan sel mengumpul lemak dengan rapi. Makanan yang mengandungi serat yang tinggi adalah oats, buah-buahan, sayuran hijau, bran. Serat juga boleh dikonsumasikan melalui makanan tambahan seperti psyillium husk.
Tip No. 4: Makan Ikan
Ikan seperti Salmon, mengandungi kandungan Omega 3, iaitu sejenis asid lemak (fatty acids) yang tinggi. Asid lemak menjadikan otot lebih sensitif terhadap insulin. Oleh itu, memakan ikan salmon membantu penyimpanan glukos dan aliran amino asid kedalam otot sekaligus memelihara simpanan glutamin. Bila otot sensitif pada Insulin, kurang lemak diserap oleh badan dan lebih otot dapat dibina. Omega 3 boleh didapati dalam ikan atau makanan tambahan seprti minyak Salmon atau Minyak Ikan Kod.
Tip No. 5: Latih Dua Kali Sehari
Melakukan latihan dua kali sehari membantu badan kita merembeskan hormon dan enzim (enzyme) yang menggalakkan pembinaan otot dan pembakaran lemak. Bahagikan program latihan senaman berat kepada dua sesi, iaitu Aerobik/Kardio pada waktu pagi dan latihan berat pada waktu petang (selepas 6 hingga 8 jam sesi pertama). Atau lakukan senaman berat otot kecil pada waktu pagi, dan otot besar pada sesi kedua. Contoh: Calves/Forearm/Abs-Pagi dan Chest atau Leg-Petang. Sesi latihan seperti ini membantu lebih glikogen atau gula digunakan dan menghalang karbo dari disimpan sebagai lemak.
Tip No. 6: Gunakan Bitter Orange/Citrus Aurantium
Bitter Orange atau Citrus Aurantium adalah dari sepsis oren. Bitter Oren mengandungi bahan aktif bernama synephrine. Synephrine terbukti secara saintifik membantu membakar lemak melalui peningkatan kadar metabolisma, memelihara otot dari dibakar oleh badan sebagai sumber tenaga semasa diet rendah kalori, dan memaksa badan menggunakan simpanan lemak. Dos synephrine berkesan jika diambil dalam 100 mg hingga 150 mg sehari. Synephrine dari Bitter Oren adalah lebih bagus dan berkesan dari sumber sintetik Synephrine hidroklorid (hcl). Oleh itu, fat burner yang mengandungi synephrine dari Bitter oren/Citrus Aurantium adalah lebih berkesan dari ephedrine hcl. Produk yang kini hangat dipasaran adalah Secret Weapon EXPLODE. Ia mengandungi Bitter Oren. Ramai pengguna telah memberikan feedback secara peribadi bahawa ia berkesan dalam pembakaran lemak walaupun tidak bersenam. Binabadan.com sarankan agar Secret Weapon EXPLODE diguna dengan regimen senaman dan makanan yang teratur.
Tip No. 7: Gunakan Whey Protein sebagai sumber tambahan protin.
Whey Protein adalah tenusu yang terhasil dari proses pembuatan keju. Sebelum tahun 1980-an, whey dibuang sebagai sisa. Tetapi pada tahun 1980-an saintis mendapati bahawa whey mengandungi khasiat makanan yang sangat tinggi seperti protein, lactoferrin, laktos, dan pada masa sama lemak yang sangat rendah. Sejak itu Whey Protin telah mendapat tempat di pelbagai sector dan industry seperti makanan haiwan (whey gred bawah 48%), pembuatan ais-kirm, makanan kesihatan (whey gred 55% dan keatas). Whey protin membekalkan 55% hingga 90% protin dalam satu hidangan terpulang pada formula. Menggunakan whey protin dengan makanan harian dapat membantu pemgambilan kalori dan ini membantu proses binabadan tanpa lemak. Whey protin adalah makanan asli jika tidak dirumus sebagai formula berperasa, atau tidak mengandungi herba atau lain-lain supplemen.
Tip No. 8: Tukar Frekuensi Karbo
Ahli binabadan yang mengamalkan diet rendah karbo akan bakar lemak dan juga otot. Untuk menghalangnya, amalkan diet rendah karbo selama 3 hari dan diikuti diet tinggi karbo pada hari ke-empat. Sebagai panduan, pada hari rendah karbo -kurangkan kalori dari karbo sebanyak 50% dari keperluan harian. Pada hari karbo tinggi – ambil lebih 30% karbo.
Contoh, katakan keperluan karbo sebenar kamu adalah 300-gram sehari, maka ambil 150 gram karbo pada hari karbo rendah untuk 3 hari. Pada hari karbo tinggi ambil 390-gram karbo untuk sehari, kemudian ulang semula kitaran karbo rendah dan tinggi. 3 hari rendah, 1 hari tinggi dan seterusnya.
Tip No. 9: Perbaiki Pengambilan Karbohidrat
Pembakaran lemak boleh dikecapi tanpa mengurangkan kalori. Ya!! Memang boleh! Ini caranya. Campurkan atau kira semua karbo yang anda makan dalam sehari. Zon sasaran adalah 300gram karbo. Makan 30% karbo untuk sarapan, 30% selepas workout, dan yang bakinya harus dimakan atau dibahagikan ke 5 sesi makanan yang lain. Bahagikan pengambilan pemakanan kamu kepada 6 hingga 8 bahagian supaya badan kamu dapat menggunakan karbo dan protin secara teratur dan konsisten.
Tip No. 10: Cuba Cara Rendah Lemak
Tiga faktor yang menyebabkan penyimpanan lemak adalah pengambilan kalori berlebihan. Langkah terakhir, jika 9 tip sebelumnya gagal adalah untuk mengurangkan kalori secara mendadak. Cara yang sesuai ialah dengan pengambilan makanan rendah kalori seperti telur putih, ikan, minuman whey protin, keju untuk 6 hari. Selepas 6 hari bolehlah gantikan dengan daging atau ayam dan lemak lain untuk sehari.
Selamat Berjaya mengamalkan tip diatas. Ingat, pilihan peribadi adalah sangat penting. Tip diatas hanyalah sebagai panduan.