COVID-19: KENYATAAN DARI BINABADAN.COM BERKAITAN OPERASI SEMASA LARANGAN PERGERAKAN TERHAD.

KENYATAAN DARI BINABADAN.COM

URUSAN PERNIAGAAN SEMASA PERINTAH BERKURUNG TERHAD

18HB MAC – 31HB MAC 2020.

Kepada Pelanggan Yang Dihargai,

Kami di Binabadan.com sama bimbang atas pandemik COVID 19. Kami berharap kamu dan keluarga sentiasa sihat selalu. 

Binabadan.com ingin memaklumkan bahawa urusan perniagaan adalah seperti biasa dari 18hb Mac hingga 31hb Mac 2020.

Binabadan.com adalah 100% Perniagaan Maya (Virtual), dan menjalankan operasi menggunakan Internet dan Penghantaran Melalui Kurier. Kami tidak menjual secara bersemuka dengan pelanggan. Oleh itu, semasa perintah berkurung terhad:

Binabadan.com masih boleh menerima pesanan atas talian dari 

  • Shopee.com.my/binabadan 
  • Bodybuilding.com.my
  • Binabadan.com
  • Whatsapp 0178758752

Semua pesanan akan di kutip oleh syarikat kurier. Pesanan akan dihantar terus ke pelanggan ke alamat rumah. Pelanggan adalah diingatkan supaya menggunakan alamat yang membolehkan penghantaran dibuat oleh kurier. Jika PEJABAT/TEMPAT BEKERJA di TUTUP, jangan gunakan alamat tersebut. Ini akan mengakibatkan kelewatan penghantaran pesanan anda.

Syarikat kurier juga telah mengumumkan bahawa semasa penghantaran, tiada tandatangan akan diperolehi dari penerima bungkusan. Ini adalah untuk menjarakkan Penghantar dan Penerima. 

Kami berharap pandemik COVID 19 cepat lalu dan semua rakyat Malaysia boleh kembali ke aktiviti harian seperti biasa.


Sekian,

Binabadan.com



Older post